KUANTAN, 9 Jan — Pengerusi Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal (empat, kiri) mendengar penerangan ketika meninjau perkembangan projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES) hari ini.
Projek naik taraf KOMBES dengan kos lebih RM24.7 juta melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan di atas tanah kerajaan Pahang seluas 11.2 ekar ini lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan terkini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat khususnya golongan belia, atlet berprestasi tinggi dan atlet Orang Kurang Upaya (OKU) di Pahang apabila ia siap sepenuhnya pada Jun depan.
Fadzli ketika ditemui berkata, kompleks sukan ini bakal menjadi satu mercu tanda baharu bagi negeri Pahang kerana ia terletak di tengah pusat Bandaraya Kuantan di mana lokasinya yang strategik memudahkan golongan belia dan atlet sukan melakukan pelbagai aktiviti mereka di sini. Foto– FB Pahang Media