Majlis Pengurniaan Kunci Ru’RASA

LIPIS, 3 Dis — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan replika kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada penerima pada Majlis Pengurniaan Kunci Ru’RASA di Kampung Tanjung Gahai hari ini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Seramai 15 penerima di daerah Lipis yang layak menerima kunci Ru’RASA.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit