Hadir Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Mahkamah Tinggi hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui keputusan kes berprofil tinggi membabitkan Najib yang menghadapi pertuduhan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib, 71, akan mengetahui sama ada beliau diperintahkan membela diri atau dibebaskan daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.