KUALA LUMPUR 27 Okt–Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Makan Malam Amal Semurni Kasih anjuran Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (KASIH). Penghargaan berikan kepada Datin Wira Hanizam Harun, YDP Kasih Selangor dan seluruh jawatankuasa KASIH atas komitmen mereka dalam menjayakan majlis ini yang merupakan satu medium atau platform untuk mengumpul dana bagi membantu golongan asnaf, pesakit kronik, warga emas, ibu tunggal, anak yatim, OKU, masyarakat Orang Asli dan rakyat Selangor yang memerlukan.