Selamat Tiba Di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 23 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Brunei Darussalam untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-12 dan beberapa mesyuarat lain yang berkaitan.
Ketibaan saya disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Datuk Mohd Aini Atan; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei, Tuan Salminan Haji Burut; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei, Puan Nor Hamidah Haji Hamidon; dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.