KUALA LUMPUR 22 Okt– Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani melancarkan Oils and Fats International Congress 2024 anjuran Malaysian Oil Scientists’ and Technologists’ Association. Industri sawit Malaysia merupakan salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi, menyumbang kepada keselamatan makanan global sambil mengutamakan kelestarian. Industri harus fokus dalam menerajui usaha mengurangkan sisa, meningkatkan kecekapan sumber, dan mencapai matlamat pelepasan sifar bersih.