PM Bentang Belanjawan 2025, Memangkin Kekuatan Malaysia, Perkukuh Pembaharuan

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI, memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

Membentangkan belanjawan itu di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan pada masa yang sama menangani ketirisan kewangan untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan awam.

Inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan tersebut dirangka untuk mempercepatkan perjalanan Malaysia ke arah mewujudkan negara sebagai kuasa ekonomi di Asia serta mencatatkan pertumbuhan mampan dan berdaya tahan.

“Prestasi ekonomi mengatasi jangkaan sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit, menggambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI.

“Oleh itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 dan 5.3 peratus berbanding antara 4.0 dan 5.0 peratus sebelumnya.

“Tahun depan, kita yakin ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.