Melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Mentakab

TEMERLOH, 17 Okt — Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyantuni mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab (Chatin) di sini hari ini.
Terdahulu Wan Rosdy turut melawat dan menyantuni mangsa banjir di PPS SK Lanchang.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 1,795 mangsa banjir daripada 543 keluarga telah ditempatkan di sembilan PPS di daerah ini setakat jam 4.15 petang ini.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.