Ahmad Zahid Ajak Rakyat Malaysia Sama-sama Saksikan Pembentangan Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menyaksikan pembentengan Belanjawan 2025, petang ini.

Pembentangan itu akan dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada jam empat petang.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO pada ciapan yang sama di Facebook turut sama berkongsi kehadirannya pada Mesyuarat Jemaah Menteri di Perdana Putra.

“Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Semoga setiap urusan yang dijalankan hari ini dipermudahkan dan diberkati. Insya-Allah.

“Alhamdulillah, saya memulakan hari ini dengan menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra.

“Dikesempatan ini saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyaksikan pembentangan Belanjawan 2025 yang akan disiarkan secara langsung pada jam empat petang ini,” katanya.

Untuk rekod, Belanjawan 2025 kali ini bertemakan “Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” dan merupakan kali ketiga Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan sejak bergelar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.