Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Bagi Penyertaan Malaysia Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Bagi Penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka, Kansai Bil. 2/2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof di Menara MITI hari ini.  Mesyuarat ini bertujuan memastikan persiapan rapi bagi penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka, Kansai.
Dengan kerjasama rapat antara semua Kementerian, Malaysia komited untuk menjadikan Pavilion kita sebagai tarikan utama di ekspo ini. Malaysia menyasarkan 1.5 juta pengunjung dan menjana RM13 bilion dalam perdagangan dan pelaburan melalui penyertaan kali ini. Ini bukan hanya misi MITI, tetapi misi nasional yang melibatkan kerjasama dari seluruh kerajaan dan sektor awam.

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.