Lawatan Rasmi Ke Brunei

BRUNEI 14 Okt — KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan rasmi negara di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini .
Berangkat sama, mengiringi Seri Paduka Baginda, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Istiadat Sambutan Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ yang dipersembahkan oleh Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan diikuti lagu kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’. Sebanyak 21 das tembakan meriam turut dilepaskan bersempena Istiadat Sambutan Negara.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.