Ahli PArlimen Pengerang Turun Padang

PENGERANG 11 Okt– PENGERANG 11 Okt– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said meluncurkan Karnival Literasi Undang-Undang anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dan telah menyampaikan sumbangan berbentuk dapur gas kepada ibu-ibu tunggal, khemah gerai untuk penjaja serta baju hujan untuk anggota Rela. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU). Sebanyak 11 agensi kerajaan terlibat dalam karnival ini dengan pelbagai reruai informatif dan taklimat berkaitan perkara-perkara yang menyentuh hak undang-undang warga Malaysia serta topik-topik semasa seperti penipuan dalam talian oleh PDRM, SKMM, AKPK, BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi.

PENGERANG 11 Okt– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada program walkabout di Kg. Pengerang bagi meninjau keadaan kawasan tersebut termasuk melihat jeti baru Kg. Pengerang menggantikan jeti kayu lama. Sewaktu walkabout sempat singgah menyantuni beberapa penduduk yang kebanyakannya berbangsa tionghua utk mendengar keluhan dan masalah mereka.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.