UMNO Teguh Pejuang Agama, Isu Halal Bukti Nyata

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai insiden berlaku yang menyaksikan batang tubuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Akmal Saleh diserang hanya kerana beliau begitu lantang bersuara, menegur kepada sesuatu yang dilihat tidak tepat.

Jika kita lihat dari sudut sejarah, sejak Ketua Pemuda UMNO yang pertama iaitu Tun Hussein Dato’ Onn, mereka yang menjawat jawatan ini sememangnya lantang dalam bersuara. Walaupun ketua pergerakan ini silih berganti namun asas perjuangannya tetap sama iaitu sebagai sebuah kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu khususnya membabitkan agama, bangsa dan negara.

 

Inilah peranan selaku sayap kepada sebuah parti keramat UMNO. Walaupun UMNO bukan lagi sebuah parti dominasi dalam kerajaan tetapi perjuangannya tidak pernah berubah. Jadi, di mana salahnya Dr Akmal bersuara? Selagi ia tidak melanggar undang-undang negara, maka Dr Akmal mempunyai hak untuk bersuara apatah lagi beliau menjawat jawatan dengan amanah yang sangat tinggi sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kerana ketegasan Pemuda UMNO dari dulu sehingga kinilah, yang menyebabkan pergerakan ini digeruni dan dihormati. Pendekatan tegas dan lantang mempertahankan asas tujuan parti dengan agama, bangsa dan negara menjadi terasnya menjadikan UMNO kekal dalam paksi tersendiri.

Sayap parti ini jugalah yang akan ke hadapan dalam mempertahankan maruah UMNO sekiranya diinjak, enggan bangsa dan agama diperkotak-katikkan.

Dunia politik masa kini melibatkan kepimpinan negara diterajui oleh gabungan pelbagai parti namun hal ini tidak membuatkan peranan UMNO dengan sayap Pemudanya berdiam diri biarpun semakin mencabar. Peranan menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan diangkat dalam pelbagai perkara selari dengan tunjang mempertahankan Perlembagaan dan kedaulatan negara.

Apa yang dapat dilihat menerusi beberapa insiden dan situasi semasa sejak kebelakangan ini dapat dilihat bahawa kelantangan Dr. Akmal adalah lambang bahawa UMNO tidak tandus pemimpin muda.

Di kala ramai pemimpin UMNO diselar kerana ‘taji semakin tumpul’, Dr Akmal mengambil pendekatan berani menegur beberapa isu yang pincang seperti isu yang sedang hangat sekarang ini iaitu berkaitan sijil halal.

Tahniah Pemuda kerana tidak menjadi Mr. Yes Man sekalipun selalu dianggap ‘budak nakal’. Teruskan agenda dalam memperkasakan UMNO sekaligus menarik lebih ramai anak muda untuk terus bersama meneruskan kesinambungan perjuangan sebagai satu-satunya parti yang benar-benar mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Buat semua anggota UMNO sewajarnya insiden terbabit menjadi tauladan agar tidak sesekali gentar mendepani perjuangan biarpun terpaksa menongkah arus kerana yakin dan pasti, ramai yang sayangkan parti ini dan sanggup untuk bersama-sama meneruskan perjuangan selagi ia tidak terkeluar dari landasan sebenar.

Kekalkanlah Bersatu, Bersetia, Berkhidmat demi agama, bangsa dan negara – UMNO dulu, kini dan selamanya!

Yang benar,
Pemerhati politik

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit