Jangan Pandang Sebelah Mata… TVET Beri Impak Positif Kebolehpasaran Graduan
BALIK PULAU, 20 Julai – Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai kerjaya masa hadapan yang boleh meningkatkan pendapatan dan menyumbang kepada proses pembangunan serta kemajuan negara hasil kerja anak watan sendiri, kata Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayob Hussain Shah.
Justeru katanya, jangan memandang sebelah mata bidang TVET yang dilabel kerja kolar biru, sebaliknya belia perlu tingkatkan semangat jati diri dan daya saing untuk berani meneroka peluang disediakan dalam bidang kemahiran.
“TVET ini satu modul yang baharu untuk masyarakat dan jangan memandang sebelah mata kerana ia ada ‘skill’ dan lebih mudah dapat peluang pekerjaan. Negara ini adalah ‘sevices country’ kita tidak ada teknologi yang hebat-hebat dan boleh bawa ‘investor’ datang ke sini.
“Apabila ‘ambassador’ datang ke sini kita boleh tawarkan padanya dan negara ini mempunyai ‘skill labour’ dan ramai rakyat negara ini punyai pengetahuan yang cukup tinggi untuk menjadi ‘special engineering’, ‘specialist technician’ dan ‘ambassador’ tahu dan pelabur akan datang ke sini.
“TVET juga telah memberikan impak yang positif dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan. Ini menunjukkan keperluan bagi graduan untuk mempunyai kemahiran praktikal dan relevan dengan keperluan pasaran kerja,” katanya kepada UMNO Online, di sini.
Mengulas lanjut, kata Shah Headan lagi turut menasihati pada generasi kini bahawa TVET bukannya kelas kedua tetapi ia laluan yang mudah untuk sambung pelajaran ke Universiti.
“Generasi hari ini perlu membuang jauh pemikiran TVET sebagai bidang kelas kedua walaupun sektor pekerjaan ini sukar, kotor dan bahaya namun ia juga menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi TVET supaya memudahkan laluan masuk graduan kemahiran ke universiti.
“Belia perlu sedar pasaran kerjaya masa hadapan akan berpaksikan tahap dan bentuk kemahiran tinggi dimiliki di samping penguasaan baik kemahiran digital.
“Semoga dengan ada pelbagai inisiatif dan strategi berterusan daripada kerajaan serta sokongan padu pihak industri, TVET akan menjadi bidang pilihan utama belia, sekaligus dapat memperkukuh modal insan negara,” ujarnya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara menjelaskan sebanyak 5,125 tempat untuk pelajar menjalani latihan jangka panjang, sederhana dan pendek berkaitan bidang TVET.
Dengan penambahan tempat itu ia turut memberi peluang kepada kaum Cina, India, pelajar dari Sabah, Sarawak dan lain-lain untuk dihantar juga bagi memberikan kesaksamaan kepada pelajar-pelajar ini. – UMNO Online