TVET Pilihan Selepas SPM

RAMAI risau bila PM umum semua lepasan SPM dengan 10A layak masuk Matrikulasi tanpa kira kaum, sedangkan beliau hanya memberikan jaminan yang sememangnya dilaksanakan sejak dulu lagi, bahkan kuota Bumiputera untuk masuk ke Pusat-Pusat Matrikulasi tetap kekal terjamin.

Yang patut dirisaukan lebih 280 ribu yang gagal SPM atau hanya lulus tanpa kredit. Mereka ini yang tercicir dan tidak layak masuk Matrikulasi. Itu tidak termasuk 10,160 yang tidak hadir SPM walaupun telah berdaftar dan lebih 30,000 secara purata setahun yang tidak mendaftar untuk mengambil SPM.

Jawapannya ialah TVET!

Sebab itulah Dasar TVET Negara diwujudkan dengan Majlis TVET Negara yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk menyelaras 1,345 institusi TVET di bawah 12 Kementerian yang menawarkan lebih 4,000 pelbagai bidang kemahiran TVET dengan peluang penempatan untuk lebih 250 ribu tempat.

MARA sendiri punya insitusi-institusi TVET terbanyak dengan 270 institusi terdiri daripada GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) hinggalah UniKL.

Hari ini Negara sudah mengiktiraf TVET sebagai aliran pendidikan perdana dan tidak lagi memerlukan SPM sahaja sebagai syarat minima untuk bekerja.

Malah dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, pelajar boleh sambung peringkat diploma, manakala SKM tahap 5 boleh terus sambung ijazah sarjana muda tanpa perlu mengambil SPM.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Setiausaha Agung UMNO/Pengerusi MARA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit