Pertemuan Dua Hala

PUTRAJAYA, 19 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri China Li Qiang sempena lawatan rasmi tiga hari pemimpin itu ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Pertemuan itu bagi membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.