Mesyuarat Dua Hala

TOKYO, 23 Mei — Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sumitomo Corporation Shingo Ueno (keempat, kanan) pada Pertemuan Satu lawan Satu dengan Kapten Industri di Jepun semasa Persidangan Antarabangsa Ke-29 mengenai Masa Depan Asia: Kepimpinan Asia dalam Dunia yang Tidak Pasti (Persidangan Nikkei) hari ini.
Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri).

TOKYO, 23 Mei — Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Naib Presiden Kanan ENEOS Corporation Fujiyama Yuichiro (tiga kanan) pada Pertemuan Satu lawan Satu dengan Kapten Industri di Jepun semasa Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia: Kepimpinan Asia dalam Dunia yang Tidak Pasti (Persidangan Nikkei) hari ini.
Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri).

 

TOKYO, 23 Mei — Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatannya, Fumio Kishida pada Mesyuarat Dua Hala semasa Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia: Kepimpinan Asia dalam Dunia Tidak Pasti (Persidangan Nikkei) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.