Menziarahi Keluarga Mangsa Nahas Udara

LUMUT, 14 Mei — Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua, kiri) beramah mesra dengan anak Allahyarhamah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, iaitu Nur Qistina Afia, 6, (dua, kanan) bersama bapanya Mohd Azinor Azizan (kanan) ketika menziarahi keluarga mangsa nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.
Khidmat kaunseling yang diberikan kepada 10 keluarga mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, bulan lepas menunjukkan perkembangan positif.

LUMUT, 14 Mei — Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (kanan) beramah mesra dengan dengan anak-anak Allahyarhamah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, iaitu Nur Qistina Awliya Mohd Azinor, 16, (dua, kiri), Nur Qistina Auni, 16, (kiri) ketika menziarahi keluarga mangsa nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.
Khidmat kaunseling yang diberikan kepada 10 keluarga mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, bulan lepas menunjukkan perkembangan positif.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.