Pelancaran Buku Hadis 40 Imam Al-Nawawi

KUALA NERUS, 13 Mei –– Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) menunjukkan buku Hadis 40 Imam Al-Nawawi pada majlis pelancaran buku itu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa), hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi (dua, kiri).
Buku terbitan DBP dengan kerjasama KEMAS dan UniSZA, diterbitkan dalam bentuk poket dalam usaha menyokong serta mengukuhkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak.
Buku tersebut amat signifikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana mengandungi matan, terjemahan dan pengajaran hadis yang disusun daripada sumber sahih serta muktabar.

KUALA NERUS, 13 Mei –– Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam Al-Nawawi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) hari ini.
Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan UniSZA, diterbitkan dalam bentuk poket dalam usaha menyokong serta mengukuhkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak.
Buku tersebut amat signifikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana mengandungi matan, terjemahan dan pengajaran hadis yang disusun daripada sumber sahih serta muktabar.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.