UMNO 78 Tahun: Ahli Tonggak Parti


UMNO bukan manusia.
Manusia akan mati setelah sampai ajalnya.
UMNO adalah satu institusi orang Melayu.
Selagi ada Melayu maka UMNO mesti dipertahankan.
UMNO tidak akan mati selagi orang Melayu terus menghidupkannya.
UMNO hanya akan mati setelah Melayu tidak memerlukannya lagi.
Hanya Melayu boleh membunuh UMNO.
Siapa Melayu itu?
Mereka adalah ahli UMNO.
Siapa ahli UMNO itu?
Kitalah ahli UMNO itu.
Mahukah kita membunuh UMNO?
Sudah pasti tidak
Kita sayangkan UMNO.
Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Congres India akan berlaku kepada UMNO.
Kita tidak mahu apa yang berlaku kepada LDP Jepun berulang kepada UMNO.
Kita ahli UMNO.
Tonggak UMNO.
Kitalah pemangkin.
Penerus perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Bersatu, bersetia, berkhidmat.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN UMNO KE-78.


DATUK HJ MUSTAPHA YAAKUB
Setiausaha Veteran UMNO Malaysia

 

*******************************

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit