Merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat hadir merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi,Speaker Dewan Negeri Johor Datuk Dr.  Mohd Puad Zarkashi.

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (kiri) berkenan  memeriksa Kawalan Kehormatan sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan bertitah merasmikan mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.