Merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor
![](https://umno-online.my/wp-content/uploads/2024/05/440956586_437598522305937_465091980639029032_n.jpg)
ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat hadir merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi,Speaker Dewan Negeri Johor Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.
![](https://umno-online.my/wp-content/uploads/2024/05/440858766_437598492305940_8083524617651352986_n-1.jpg)
ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (kiri) berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.
![](https://umno-online.my/wp-content/uploads/2024/05/440945381_437598608972595_7291681484223868337_n.jpg)
ISKANDAR PUTERI, 9 Mei — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan bertitah merasmikan mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.