Azalina Ucap Selamat Hari Pekerja Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Othman Said mengucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja yang gigih membangunkan negara.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh pekerja di negara ini yang sentiasa gigih membangunkan negara. Pada tahun ini, marilah memperbaharui azam kita untuk meningkat produktiviti dan potensi masing-masing,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebooknya.

Hari Pekerja atau lazimnya dipanggil Hari Buruh disambut pada 1 Mei diseluruh dunia pada. Hari tersebut juga dipanggil sebagai Hari Pekerja Antarabangsa yang merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi kesatuan pekerja. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.