Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali ke-117

PEKAN 30 April–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa menghadiri Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali ke-117 di Bilik Mesyuarat Utama, MUIP, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keberkatan ke atas pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta diberikan kesihatan, kebijaksanaan dan kebahagiaan. 

PEKAN 30 April–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali ke-117 di Bilik Mesyuarat Utama, MUIP, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.