Menziarahi Waris Mangsa Nahas Udara TLDM

SITIAWAN, 28 April — Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua, kanan) menyantuni balu PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi mangsa nahas helikopter, Noor Ain Mohamad Ariffin, 41, (tiga, kanan) pada program menziarahi waris mangsa nahas udara TLDM di kediaman Noor Ain di Taman Lekir Indah hari ini. Melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM menyalurkan RM3,000.00 di bawah Skim Pemberian Ehsan, Kit Kanak-Kanak & Kit Bakul Makanan (PEKA) kepada keluarga waris.

LUMUT, 28 April — Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (kiri) memberi kata-kata semangat kepada anak-anak Pegawai Waran II Allahyarham Nurfarahimi Mohd Suady iaitu Muhamad Alif Farhan Muhamad Faizul, 16, (kanan) Nur Alwani Fatihah, 12, (dua, kanan) dan Nur Alwani Farihah, 9, (tiga, kanan) ketika menziarahi waris mangsa nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.
Beliau turut menyampaikan bantuan wang tunai RM3,000 melalui Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara dan barangan keperluan selain sumbangan peribadi beliau kepada waris mangsa berkenaan.
Dalam kejadian 9.32 pagi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM maut selepas dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.