Penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah

KUALA TERENGGANU, 27 April — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kanan) merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTPNg) Terengganu menyampaikan replika kunci kepada ibu tunggal Noraini Jaafar@ Hitam, 55, (dua, kiri) sebagai gimik penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah menerusi Program Pembasmian Kemiskinan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Azhar Abd Hamid (kanan).
Kos baik pulih rumah berkenaan bernilai RM25,000 melibatkan kerja-kerja menggantikan komponen rumah yang rosak seperti dinding reput, bumbung bocor, penggantian pintu kayu serta membina “awning” dan pemasangan semula pendawaian elektrik.

KUALA TERENGGANU, 27 April — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (empat, kiri) merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTPNg) Terengganu beramah mesra dengan pemilik rumah Noraini Jaafar@Hitam, 55, (kanan) pada Majlis Penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah menerusi Program Pembasmian Kemiskinan di Kampung Dusun Tembakau, Manir, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Azhar Abd Hamid (enam, kiri).
Kos baik pulih rumah berkenaan bernilai RM25,000 melibatkan kerja-kerja menggantikan komponen rumah yang rosak seperti dinding reput, bumbung bocor, penggantian pintu kayu serta membina “awning” dan pemasangan semula pendawaian elektrik.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.