Pelancaran Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti

SEREMBAN 23 April–Timbalan Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mewakili Menteri Datuk Seri Hajah Nancy Shukri merasmikan Program Pelancaran Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM.
Program yang dilaksanakan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli komuniti yang mengganggotai Organisasi Berasaskan Komuniti atau Community Based Organization (CBO) di daerah Seremban sebagai rakan strategik membantu menyantuni kumpulan sasar Kementerian.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.