Menarik Pelaburan Ke Pahang

NANNING 22 April–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan kunjung hormat ke atas Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning yang turut disertai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, YB Liew Chin Tong.
Pertemuan ini berlangsung dalam suasana yang penuh muhibbah dan bermakna terutamanya dalam usaha menarik pelaburan China ke negeri Pahang. Dalam pertemuan itu, saya juga turut menyentuh mengenai kerjasama strategik Malaysia – China menerusi Taman Perindustrian Kuantan Malaysia – China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan yang telah mencapai jumlah pelaburan melebihi RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun penubuhannya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.