Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan

PUTRAJAYA 18 April–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang memberikan fokus terhadap penyelarasan dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan, termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation).
Mesyuarat kali ini telah bersetuju dengan pelaksanaan kerjasama strategik antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS) melibatkan Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan dalam Pendidikan Anti-doping.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.