Syukur Nikmat Diberikan Allah Sempena Hari Raya Aidilfitri, Khidmat Kebajikan UMNO Berterusan – Azhar

KUALA LUMPUR, 13 April – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad meluahkan kesyukuran dengan kesempatan diberikan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara, mengambil kesempatan ini untuk meluahkan harapan agar kesemua ahli UMNO untuk menyambut lebaran dengan semangat silaturahim di samping mengukuhkan parti.

Menurutnya, amalan untuk meneruskan segala khidmat kebajikan parti kepada rakyat juga perlulah dilaksanakan secara konsisten supaya UMNO kekal di hati rakyat.

“Sudah tentu saya sebagai insan biasa ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, seluruh UMNO Malaysia lah, tapi khususnya kepada ahli-ahli UMNO, lepas itu orang Beruas, semoga hari raya tahun ni kita akan mendapat lebih kebahagiaan daripada yang lepas,” katanya.

Azhar dalam pada itu berharap umat Islam yang balik ke kampung masing-masing sempena perayaan ini untuk merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.

“Rancang perjalanan sebab seluruh Malaysia nak balik kampung jangan jadikan jalan raya itu sebagai tragedi.

“Jadi pandu selamat, jiwa selamat, kalau mengantuk berhenti, jangan paksa diri, penting untuk memandu dengan tenang.

“Supaya orang yang menunggu kita itu berjumpa kita dan bergembira. Jadi hari baik, bulan baik ini pandu selamat, jiwa selamat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.