Salam Aidilfitri… Kukuhkan Semangat Perpaduan, Jaga Keharmonian Sesama Kita – Jailani

KUALA LUMPUR, 12 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jailani Johari menyeru semua rakyat untuk mengukuhkan semangat perpaduan dan saling menjaga keharmonian sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau turut mendoakan agar kedatangan bulan Syawal pada tahun ini membawa seribu keceriaan di samping mengukuhkan lagi semangat madani.

“Di hari baik, bulan baik ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut kedatangan satu Syawal.

“Semoga kedatangan Syawal pada tahun ini membawa seribu keceriaan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan madani serta saling menyayangi antara satu sama lain.

“Apa yang paling penting ialah kita sentiasa menjaga keharmonian sesama kita, terutamanya di kalangan orang Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara. Selamat Hari Raya Aidilftri, maaf zahir dan batin,” katanya.

Umat Islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024 selepas sebulan melalui bulan Ramadan yang barakah.

Untuk itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April.

Di samping itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sempena cuti perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.