Menjelang Aidilfitri… Elakkan Pembaziran, Didik Keluarga Bersederhana – Nadzim

KUALA LUMPUR, 5 April – Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengelakkan pembaziran ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping mendidik keluarga meraikan syawal dengan sederhana.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan beranggapan bahawa orang Melayu masih duduk dalam zon selesa terutamanya dalam soal perbelanjaan kewangan.

“Tapi ini bahaya, sebab untuk kita berjaya lah, kita dah ada banyak masalah. Masalah luar biasa, daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai sakit luar biasa… selepas itu sampai ada yang bermasalah dengan keluarga, bunuh diri. Berpuluh-puluh orang mengadu dengan kita nak bunuh diri.

”Kita kena bercerita mengenai pengorbanan. Kalau kita nak ikut hati, kita kena buat macam-macam. Kadang-kadang mungkin kita tidak terkesan dengan environment, tapi kita kena lihat environment itu sebagai sebuah guide, apa yang kita nak buat?

“Contohnya kalau kita lavish… beria lavish, buat sesuatu, kita tak mengajar keluarga kita. Kalau kita tak mengajar keluarga kita, ini satu benda yang saya nak minta, kita kena buat sesuatu untuk mendidik. Malangnya, orang Melayu ni mungkin ‘for many years’, dia duduk dalam ‘comfort zone’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi wawancara di Facebook UMNO Online untuk slot #HitamPutihKelabu yang bertajuk ‘Alamak Raya Lagi, Belanja Lagi’.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesedaran mengenai cara menguruskan kewangan dan perbelanjaan dengan baik perlulah diajar dalam generasi.

Comfort zone ni, maknanya worst to the worst pinjaman korporasi, pinjaman bank sana dan sini. Jadi benda ini perlu dilihat kembali dalam perspektif lain kerana kita nak memberi kesedaran dan ia perlu diajar. Apabila ada orang Melayu kesusahan, kadang-kadang mengadu dengan kita… tapi sebenarnya kesusahan ni elok untuk kita belajar.

“Untuk mengajar culture ni, saya rasa sejak isu PKP ini baru orang kita terasa susah. Tapi dia cuba mencari macam-macam, pinjaman dulu sebelum tu ada lagi, sekarang ni ah long. Nak pinjam ah long ni pula dia ada cara dan keadaan dia nak. Ada satu kes ni kita dapat duit pinjaman RM200, bayar RM4000.

“Kita kata jangan bayar, dia takut, dia suruh saudara bayar. Jadi, kita kena bercerita mengenai realiti. Kalau tidak, tak mungkin orang Melayu dapat keluar daripada kepompong hari ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.