Mengadakan Pertemuan Dan Perbincangan

KUALA LUMPUR 1 April–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan                pertemuan dengan Pengerusi Pernama, Tan Sri Abdul Aziz Zainal di sini hari iini.                         Sejak penubuhannya pada tahun 1983, PERNAMA telah banyak membantu warga ATM. Petang tadi, Pertemuan bersama dengan pengurusan tertinggi PERNAMA bagi membincangkan cabaran perniagaan serta arah tujunya.

 

KUALA LUMPUR 1 April–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pertemuan dengan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood, hari ini membincangkan tentang peluang serta potensi kerjasama antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan HRD Corp.
PERHEBAT membimbing dan melatih personel Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan bersara dan telah bersara, beralih ke kehidupan sivil. Semua ini bagi memastikan mereka memperoleh kemahiran baru atau meningkatkan yang sedia ada, dalam memperluas prospek masa depan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.