Masjid Tuminah Hamidi Destinasi Terakhir Ahmad Zahid Sempena Ramadan

BAGAN DATUK, 29 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan siri jelajah Majlis Santunan Kasih Ramadan, hari ini beliau ke Masjid Tuminah Hamidi.

Merupakan destinasi terakhir, majlis ini diadakan bagi meraikan meraikan masyarakat setempat termasuk anak-anak yatim.  Sebelum ke majlis berbuka puasa tersebut, beliau terlebih dahulu ke Kompleks UMNO Bagan Datuk bagi menyampaikan bantuan keperluan asas kepada golongan memerlukan.

Ia disampikan bagi meringankan beban golongan tersebut sempena bulan Ramadan ini dan Syawal yang menjelang tiba.

Ahmad Zahid yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk kemudiannya bergerak ke Masjid Tuminah Hamidi pada jam 6 petang.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah, dengan kehadiran kepimpinan tempatan dan orang ramai yang mengambil kesempatan bertemu dan beramah mesra bersama Ahmad Zahid.

Turut menyerikan suasana adalah tazkirah ringkas sementara menunggu waktu berbuka dan seterusnya solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah selain solat sunat terawih.

Turut dihadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO pelbagai peringkat yang lain.

Turut berkenan berangkat Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Majlis Santunan Kasih Ramadan pertama kali bermula di Johor diikuti Kelantan, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, Kedah dan semalam di Selangor. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.