Islam Agama Bagi Persekutuan, Malaysia Bukan Negara Sekular

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan penjualan stoking yang bertulis “Allah” di sebuah rangkaian kedai sukaneka. Ini telah menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan dalam dikalangan umat Islam pada bulan Ramadan hingga tercetusnya kempen boikot oleh Pemuda UMNO Malaysia.

Tidak terhenti di situ. Kita di kejutkan pula dengan kenyataan Senator Ti Lian Ker baru-baru ini dalam sidang Dewan Negara menyatakan bahawa “𝘚𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢, 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢𝘴𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘱𝘳𝘦𝘮𝘪𝘴 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙡𝙖𝙧, 𝘮𝘶𝘭𝘵𝘪-𝘳𝘢𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘬𝘭𝘶𝘴𝘪𝘧.”

Untuk menjawab tuduhan Senator Ti itu, kita harus mengkaji isu ini secara objektif dan berfikiran terbuka.

Pertama sekali, saya setuju dengan Senator Ti mengenai dua perkara. Malaysia memang diasaskan atas prinsip negara yang menerima pelbagai kaum dan inklusif terhadap semua warganegara. Walau bagaimanapun, pendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tidak tepat.

Sekularisme, menurut Oxford University Press, merujuk kepada pemisahan agama dari urusan sosial dan politik sebuah negara. Dengan kata lain, dalam negara sekular, kerajaan tidak terlibat dalam urusan agama dan agama tidak memainkan peranan dalam pentadbiran negara.

Walaupun Malaysia membenarkan agama-agama lain diamalkan dengan aman dan damai dalam negara ini, Islam tetap diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan dalam urusan pentadbiran negara.

Islam yang merujuk kepada agama Islam di sebut sebanyak 37 kali dalam perlembagaan. Bukan hanya di sebut dalam 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟯(𝟭) yang menyebut, 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘶𝘢𝘯; 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢-𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢-𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘶𝘢𝘯.

Selain itu, terdapat banyak peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan kerajaan untuk terlibat dalam pembangunan agama Islam. Contohnya, 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 (𝟱) memperuntukkan pembentukan undang-undang untuk mengawal hal ehwal agama Islam dan menubuhkan Majlis Penasihat Agama untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam peruntukan yang sama juga meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Wilayah-Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak manakala Undang-Undang Tubuh negeri memperuntukkan raja sebagai Ketua Agama Islam negeri tersebut.

Peruntukan dalam perkara ini membolehkan kerajaan menubuhkan serta JAKIM, MAIWP, Baitulmal dan agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan agama Islam serta memberikan peruntukan kepada badan-badan ini. Perkara ini juga di peruntukkan dalam undang-undang tubuh negeri.

Malah, 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟭𝟭(𝟰) Perlembagaan Persekutuan juga mengenakan sekatan terhadap dakwah agama bukan Islam kepada orang Islam. Ini menunjukkan bahawa walaupun Malaysia mengamalkan prinsip kebebasan beragama, ia tetap menghormati dan memelihara kesucian Islam.

Dari segi pendidikan pula, 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟭𝟮(𝟮) memperuntukkan 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 n𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘣𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘣𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘴𝘪-𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘴𝘪 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘫𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘦𝘭𝘢𝘯𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 𝘪𝘵𝘶. Peruntukan ini membolehkan institusi pendidikan Islam ataupun pendidikan Islam di letakkan sebagai sebahagian dari pendidikan arus perdana negara kita.

Jadi dimana asas hujah senator Ti yang mengatakan Malaysia diasaskan di atas permis sebuah negara sekular?

Jelas sekali, dari segi perlembagaan dan pentadbiran, Malaysia bukanlah sebuah negara sekular. Kita tidak memisahkan agama Islam daripada urusan negara, malah mengakui dan menghormatinya sebagai sebahagian dari asas negara kita.

Kesimpulannya, Malaysia adalah sebuah negara yang menerima kepelbagaian agama dan budaya, tetapi tidak boleh disalah anggap sebagai negara sekular. Pengiktirafan terhadap kedudukan Islam sebagai agama negara adalah penting bagi memelihara keharmonian dalam negara kita.

Amat menyedihkan walaupun setelah lebih 66 tahun merdeka, seorang penggubal undang-undang di negara kita masih lagi tidak boleh menerima bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

Salam Perjuangan


𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨.
𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79