Perbincangan TVET Tahfiz

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Islam Kebangsaan Tan Sri Dato’ Sri Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom dan Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff  khusus bagi membincangkan tentang TVET Tahfiz.
Turut bersama barisan pegawai-pegawai JAKIM dan Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara dalam meneliti kaedah-kaedah terbaik yang dicadangkan untuk mewujudkan laluan kepada pelajar tahfiz dan pelajar pondok dalam bidang TVET.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.