Kunjungan Hormat ANGKASA

PUTRAJAYA 12 Mac– Menteri Perladangan Dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi membincangkan sektor kelapa sawit negara.
Dalam perjumpaan ini kami turut berbincang mengenai bagaimana ANGKASA boleh membantu untuk menyatukan pekebun-pekebun kecil dalam kalangan koperasi untuk mewujudkan satu kluster atau ladang berskala keluasan sekitar 8,000 hektar bagi membolehkan mereka mengguna pakai amalan pengurusan ladang yang baik sekali gus mampu menambah kapasiti pengeluaran minyak sawit mentah (MSM).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.