Tambang Percuma Melaka River Cruise

MELAKA, 20 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melambaikan tangan kepada pengunjung yang menikmati kemasukan percuma di Melaka River Cruise (MRC) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke-68, petang ini.
Dimaklumkan sehingga petang ini sejumlah 8,396 pengunjung dari dalam dan luar Negeri Melaka sama-sama menikmati keseronokan panorama menaiki bot di Sungai Melaka sempena cuti umum Negeri Melaka.                                                                                                                         Kerajaan negeri Melaka memberi peluang kepada para pelancong melawat 10 lokasi pelancongan yang terpilih secara percuma kepada orang ramai.
10 lokasi itu ialah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland and Themepark, Taman Laut Negeri Melaka, lima Kelab Golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studio.

 

MELAKA, 20 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyantuni pengunjung yang menikmati kemasukan percuma di Melaka River Cruise (MRC) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke-68, petang ini.
Dimaklumkan sehingga petang ini sejumlah 8,396 pengunjung dari dalam dan luar Negeri Melaka sama-sama menikmati keseronokan panorama menaiki bot di Sungai Melaka sempena cuti umum                                                              Negeri Melaka.                                                             Kerajaan negeri Melaka memberi peluang kepada para pelancong melawat 10 lokasi pelancongan yang terpilih secara percuma kepada orang ramai.
10 lokasi itu ialah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland and Themepark, Taman Laut Negeri Melaka, lima Kelab Golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studio.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.