Dialog Dua Hala Bersama Pemegang Taruh Industri Sawit

PUTRAJAYA 20 Feb–Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan dialog dua hala bersama pemegang taruh industri sawit Malaysia terdiri daripada pelbagai persatuan yang mewakili pemain serta syarikat di dalam industri yang terlibat secara langsung dalam sektor sawit negara di sini hari ini.
Kesemua mereka yang hadir diberikan peluang untuk berdialog secara terus untuk mengajukan permasalahan yang berkait rapat dengan industri sawit atau memerlukan pertolongan kerajaan bagi menyelesai serta memahami masalah industri.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.