Menyaksikan Pemeteraian Perjanjian Kerjasama Perkongsian Inovasi

TOKYO, 20 Feb — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toshiba, Taro Shimada (kanan) menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Perkongsian Inovasi antara MyDIGITAL Corporation dan Toshiba Digital Solutions Corporation bagi aplikasi teknologi data raya di Ibu Pejabat Toshiba di sini.
Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation, Fabian Bigar (dua, kiri) dan Pengurus Besar Toshiba Digital Solutions Corporation, Naoki Yamaguchi (dua, kanan).
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.