Melancarkan Hab Pengecas Kenderaan Elektrik

MELAKA, 19 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif EVPower Cornelius Ee (kanan) melancarkan Hab Pengecas Kenderaan Elektrik oleh EVPower Sdn Bhd di sini hari ini.
Kerajaan negeri Melaka menyasarkan 350 petak pengecas kenderaan elektrik (EVCB) di negeri itu menjelang 2025, selaras dengan Garis Panduan Perancangan EVCB yang ditetapkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Setakat ini sebanyak 118 EVCB arus terus (DC) dan arus ulang-alik (AC) telah dipasang di 40 lokasi di seluruh Melaka khususnya di kawasan bandar.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.