Lawatan Kerja Ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara

SINTOK, 18 Feb — Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Mohd Zaid Zakaria (dua,kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara Mohd Nazri Zakaria (kanan) ketika hadir pada lawatan kerja ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara di sini hari ini.
Ahmad berkata ABM bercadang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyediakan modul latihan keusahawanan untuk ditawarkan kepada pelatih akademi itu di cawangan di sini.
Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan pelatih bukan sahaja memiliki kemahiran dalam bidang teknikal atau sektor pembinaan semata-mata, malah ilmu keusahawaan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan sendiri selepas tamat latihan di ABM.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.