Dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejuruteraan


TOKYO 19 Feb — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejuruteraan daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun.
Penganugerahan itu juga berikutan usaha berterusan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatkan kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri kedua-dua pihak.
Ijazah Kedoktoran Kehormat berkenaan disampaikan oleh Presiden SIT Prof Dr Jun Yamada kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara di pusat pengajian berkenaan di sini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.