Melawat Enam Beradik Mangsa Kebakaran

PETALING JAYA 15 Feb–Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merangkap Ketua Wanita UMNO menyantuni 6 orang kanak-kanak yang terlibat dalam bencana kebakaran di kediaman mereka tempoh hari. Kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 2 hingga 11 tahun.
Keenam-enam mangsa telah diselamatkan oleh pasukan Bomba yang bertindak pantas atas panggilan kecemasan yang diterima. Kejadian berlaku semasa ibu kanak-kanak ini menghantar suaminya ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat penyakit jantung.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.