Zakat Perniagaan Koperasi Tentera

KUALA LUMPUR 8 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima Zakat Perniagaan Koperasi Tentera yang disampaikan oleh Mejar Jeneral Roba’i Rahmat bersama Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohamad Khairul Anuar Mohamed selepas menyampaikan taklimat mengenai operasi Koperasi Tentera di sini hari ini.
Pertemuan ini, antara lain, bagi menerangkan latar belakang, pencapaian dan prestasi semasa, isu dan cabaran yang dihadapi, serta hala tujunya pada masa akan datang.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.