Kunjungan Hormat Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) yang diketuai oleh Laksamana Pertama Hj. Mohamad Imran Abd Hamid (B) serta ahli jawatankuasa tertinggi PVTLDM.
PVTLDM telah mengetengahkan pelbagai isu melibatkan veteran, antaranya soal penyelarasan pencen, semakan syarat pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran tidak berpencen, perluasan projek perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) serta pensijilan berdasarkan kemahiran dan pengalaman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.