Mesyuarat Khas MKT: UMNO Tegaskan Pembelaan Terhadap Najib Dibuat Kerana Tidak Mendapat Keadilan

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung hari ini mengambil maklum tentang keputusan Lembaga Pengampunan berhubung permohonan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, UMNO menegaskan, pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.

“Kita menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut. UMNO akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara di samping berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan Najib diteruskan.

“Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini,” katanya. – UMNO Online

UMNOMKT 3FEB2024 1 (1)

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.