Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat

KUANTAN, 1 Feb — Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Keberangkatan Balik Sultan Pahang setelah selamat menyempurnakan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 hari ini.
Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan exco Kerajaan Negeri Pahang.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.