Berkenan Berswafoto Bersama Rakyat Jelata

KUANTAN, 30 Jan — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berswafoto bersama rakyat jelata di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah harı ini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat berangkat balik ke Pahang selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara.
Pesawat khas membawa Seri Paduka berdua yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mendarat di sini pada pukul 11.55 pagi.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.