Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 28 Jan — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membaca watikah pelantikan sebagai Pemangku Sultan Johor dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan Johor di Istana Bukit Serene hari ini.
Tunku Mahkota Ismail, 39, yang diputerakan pada 30 Jun 1984 di sini, merupakan putera sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah daripada enam paduka anakanda.
Sebelum pelantikan hari ini, baginda pernah diamanahkan menjadi Pemangku Raja beberapa kali dengan kali terakhir pada 16 Jun 2022 ketika Sultan Ibrahim berehat seketika daripada menjalankan tugas serta mentadbir Johor.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.